Sistem Kesihatan Mungkin Lump0h Sepenuhnya Menjelang 5 Jun Sekiranya Sekatan Pergerakan Menyeluruh Tidak Dilakukan

Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lump0h menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jngkitan harian semakin meruncing, mencecah 9,020 kes pada 29 Mei lalu.

“Kita bentangkan pelan kontingensi dan pengurusan C0VID-19 sejak awal Mei apabila kadar kebolehjngkitan atau Rt mula meningkat, sekitar 1.1 hingga 1.2.

“Oleh itu, kita cadangkan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada 12 Mei lalu, bagi mengawal penuIaran jngkitan yang berpunca daripada 60 peratus kes sporadik dan 40 peratus kes berkaitan kluster.

“Pada 25 Mei, kita put0skan PKP dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan selepas melihat nilai Rt mengikut unjuran model kes sudah melepasi 1.2 dan semakin meningkat.

“Selain itu, kita berdepan kebimbangan peningkatan penulIaran jngkitan yang berpunca daripada pelbagai varian baharu, iaitu Afrika Selatan, United Kingdom, India dan Nigeria,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, keputusan tuntas dengan mengumumkan perintah sekatan pergerakan menyeluruh perlu dibuat kerajaan bagi membendung risik0 perkhidmatan kesihatan daripada lump0h. – Sumber dipetik dari Xtra, BH



Sumber : Sistem Kesihatan Mungkin Lump0h Sepenuhnya Menjelang 5 Jun Sekiranya Sekatan Pergerakan Menyeluruh Tidak Dilakukan

Post a Comment

0 Comments