Bagai menerima durian runt0h apabila seorang remaja yang baru sahaja berusia 17 tahun dipilih sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP Bulan April 2021 sekaligus berjaya membawa pulang sijil bernilai RM1 juta.
Menurut perk0ngsian Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, remaja yang berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang ini dikatakan mulai menyimpan dalam BSN SSP menerusi bantuan ibu bapanya yang memulakan simpanan itu sebagai saluran untuk beliau menyimpan wang.
Menerusi pengumuman yang dibuat sekaligus menjadi perhatian di media sosial, remaja ini nampaknya sudah mulai ‘dicari’ warganet yang didkwa sebagai ahli keluarga.
Meskipun sebagai jenaka, para warganet yang mengaku sebagai abang dan sebagainya antara yang membuatkan para warganet lain terhibur. Tidak kurang juga yang ‘mencuba nasib’ untuk dijodohkan bersama jutawan muda ini.
Dimaklumkan pada tahun ini BSN sedia menawarkan hadiah bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang dengan majlis cabutan yang diadakan mematuhi SOP ketat serta disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi Facebook BSN Malaysia. – Sumber dipetik dari The V0cket
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral
Sumber : Tahniah! Baru Berusia 17 Tahun, Remaja Ini Muncul ‘Jutawan Segera’ Menangi Cabutan BSN SSP
0 Comments