Tahniah, Lisa Surihani Selamat BersaIin Pada Hari Jadi Yusry Ke 48

Double celebration! Serentak pada sambutan hari jadi ke-48 Datuk Yusry Abdul Halim, isterinya yang juga pelakon Lisa Surihani telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka.

Khabar gembira itu diumumkan Yusry sendiri menerusi hantaran di Instagramnya pada Selasa.

“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby & Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

“What a birthday present. Welcome to the world Junior!” tulisnya.

Terdahulu, Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani hamiI anak ketiga.

Bagaimanapun, anggota kumpulan trio KRU itu enggan mende dahkan berapa bulan kandungan isterinya.

Secara kebetulan, Yusry memuat naik gambarnya bersama Lisa sempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka, semalam.

Namun begitu, ramai pengikut mempersoalkan bentuk badan Lisa kelihatan seperti berbadan dua.

“Ada mata ta jam memandang, seolah-olah dapat menebak Lisa berbadan dua. Gambar dimuat naik mengundang spekuIasi, tetapi tidak mengapa, ia perkara baik, lambat laun orang akan tahu juga.

“Alhamdulillah, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne akan dapat adik, tidak lama lagi. Saya harap peminat dapat mendoakan terbaik untuk Lisa,” katanya.

Yusry turut memuat naik gambar potret berupa abjad mewakili dua anaknya, hari ini. Ia juga bagaikan menjawab persoalan isterinya sedang hamiI anak ketiga.

Ikutkan berita gembira ini hanya dik0ngsi sesama ahli keluarga sahaja. Kami juga tidak terbuka berk0ngsi berita kehamiIan selama ini.

“Namun, kami juga tidak boleh mementingkan diri dalam soal ini. Ada pasangan ditakdirkan lambat beroleh cahaya mata, kami juga pernah melalui fasa berkenaan.

“Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya dan isteri mendoakan semoga Allah makbulkan berita gembira buat yang masih berharap mendapat cahaya mata, insya-Allah,” kata Yusry.

Sementara itu, Lisa memanjat kesyukuran kerana diberi kesempatan dan nikmat sekali lagi untuk hamiI.

“Semoga Allah dipermudahkan segala-galanya. Insya-Allah,” kata Lisa.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua sepasang cahaya mata, Yahaira dan Yusof. – Sumber & foto dipetik dari Yoy Network, Instagram Yusry Abdul Halim

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



Sumber : Tahniah, Lisa Surihani Selamat BersaIin Pada Hari Jadi Yusry Ke 48

Post a Comment

0 Comments