Bercakap siang, pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar. Peribahasa itu mungkin sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi pereka fesyen terkemuka tanah air, Datuk Rizalman apabila dikcam hebat warganet kerana seolah tidak menghargai pemberian sejenis ikan import iaitu salmon daripada peminatnya.
Menerusi perk0ngsian InstaStory, Rizalman memaklumkan pembantu yang juga rakan baiknya, Faizul dan anaknya mungkin menyukai ikan mahal tersebut.
“Saya dah pesan dah jangan duk bagi benda-benda basah ni. Tak payah.
“Maaflah cik kak oi, walaupun saya memiliki beberapa buah istana dalam Malaysia tapi tidak makan ikan salmon. Tak reti nak makan. Ikan curut (sardin) cheq (saya) tahu. Tak apalah, mungkin Faizul dan Umar suka kot,” katanya dalam loghat Utara seraya membuka bungkusan (unboxing) pemberian daripada pengikut Instagramnya.
Biarpun seolah-olah mengakui dirinya hanya makan ikan sardin dan tidak menggemari ikan yang sering menjadi hidangan golongan berkemampuan, hati warganet terIuka apabila pemilik nama lengkap, Rizalman Ibrahim cuba menjamu kucingnya dengan ikan salmon berkenaan, namun ditolak mentah-mentah si haiwan peliharaannya.
Barangkali untuk mengelakkan sebarang pembaziran yang datang daripada pemberian pengikutnya, Rizalman juga dilihat memaklumkan ‘cita rasa’ makanannya melalui deskripsi profil Instagramnya.
Dalam gelanggang media sosial Twitter, ramai melahirkan rasa kurang senang dengan sifat ‘kayangan’ Rizalman dan mula ingin memboik0t produk-produk keluaran pereka berusia 50 tahun itu.
“Rizalman ni kenapa eh? Orang bagi dia satu beg penuh ikan salmon, dia boleh ‘mengnjing’ bagi kucing dia, kucing dia pun tak makan, ada ‘taste’ konon.
‘Kekwat (berlagak) dia. Tak tahu apa masalah dia. Aku tengok ‘story’ dia skit hati je,” ciap seorang warganet.
Rata-rata warganet mempersoalkan tindakannya. Ada yang meluahkan, jika tidak suka dengan pemberian orang, tidak perlu memperkecilkan atau dijaja dalam media sosial, sebaliknya, cukup dengan ucapan ‘terima kasih’.
Dalam pada itu, ada juga warganet yang berfikiran rasional dengan menulis: “Kenapa orang beria nak hantar makanan dekat dia? Dia fakir miskin ke?
“Tak makan kambing, ikan keli, ghoti (roti) Gardenia bakaq (bakar), bakso dan ikan salmon,” tulisnya menerusi kemas kini ruangan ‘bio’ Instagramnya.
“Yang nak bagi pun bod0h. Boleh sahaja bagi dekat orang susah, nak juga bagi dekat orang kaya. Buat malu sahaja kena ‘reject’ (diketepikan).” – Sumber dipetik dari UtamaDaily, Instagram Rizalman
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral
Sumber : Tak Makan Ikan Salmon Pemberian Peminat, Rizalman Dikr!tik Warganet
0 Comments