18 tahun berlalu, ini wajah terkini pelakon drama Sutun

Meskipun sudah hampir 18 tahun dtayangkan, drama Sutun serta gelagat pelakon utamanya masih lagi diingati ramai sehingga kini.

Drama yang memaparkan watak lelaki lembut serta kerap menggayakan pakaian dengan baju merah jambu, lakonan pelakon utama Ku Yusry yang ‘menjadi’ secara tidak langsung membuatkan orang tertanya-tanya mengenai keadaan beliau selepas dilihat tidak lagi berada dalam industri hiburan.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian di media sosial memeprlihatkan wajah terkini Ku Yusry yang sangat berbeza berbanding sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka dapat bertemu semula dengan pelakon yang menyepikan diri ini selepas hampir dua dekad.

Difahamkan beliau kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah.

Menerusi video yang dikongsikan, para netizen juga turut tertumpu kepada meja bekas pelakon ini yang dilihat masih lagi mengekalkan warna merah jambu yang cukup sinonim dengan drama Sutun beserta kain alas berbulu.

Untuk pengetahuan, drama Sutun mulai ditayangkan pada tahun 2005 diikuti dengan drama Sutun 2 pada tahun 2006. Menerima sambutan yang hangat, drama ini diteruskan lagi menerusi drama bersiri Sutun Kembali Lagi pada tahun 2008.

The post 18 tahun berlalu, ini wajah terkini pelakon drama Sutun first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments