Buat Apa Orang Nak Turunkan Tingkap Dalam Keadaan Hujan Lebatkan?

13139103_10154070193559336_1488212040094312335_n

Bukan susah pun nak buat baik sesama kita.

Samalah macam kisah Naqib Nadhir Shamsuri yang dikongsikan di Facebooknya semalam, ketika sedang berjalan kaki dalam keadaan hujan lebat untuk pulang ke pejabat, secara tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan dan menghalang perjalanannya. Timbul sedikit rasa marah dan pelik, buat apa orang nak turunkan tingkap dalam keadaan hujan lebat tanpa sebab kan? Rupa-rupanya pemandu wanita tersebut mahu menghulurkan payung kepadanya.

Belum sempat mengucapkan terima kasih, wanita tersebut terus berlalu pergi.

“I have never been more touched by a stranger’s kindness than I have today. So I want to celebrate her, through and through, along with the values she effortlessly upheld”, tulisnya.

Payung pemberian wanita itu juga akan disimpan di dalam keretanya untuk diberikan kepada orang lain yang terkandas di dalam hujan.

Kalau kita nak bantu orang lain tak perlulah tunggu sampai dah kenal baru nak tolong. Satu kebaikan kecil boleh memberi impak yang sangat besar dan positif ke atas kehidupan orang lain tidak kira apa jua yang anda lakukan. Nampak tak?

Diharap dengan perkongsian Naqib Nadhir Shamsuri ini dapat membuka hati kita untuk menjadi seseorang yang lebih prihatin.

Sumber: FB Naqib Nadhir Shamsuri



via sumber

Post a Comment

0 Comments