Gambar sekadar hiasan.
Anis Najwa, 23, pelajar UiTM Perlis sanggup mengikat perut dan makan nestum dua kali sehari sebagai ganti nasi untuk membeli buku.
Anis Najwa telah menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) UiTM Perlis memberitahu kepada Bernama, yang dia terpaksa menipu kedua orang tuanya tentang keadaannya yang tidak mempunyai cukup wang kerana tidak mahu menyusahkan mereka.
“Mereka banyak berkorban untuk saya dan abang, Muhammad Farid, 24, yang mengikuti pengajian Sarjana di United Kingdom,” kata Anis Najwa, anak bongsu dua beradik ini.
Anis Najwa sentiasa bersikap positif dan berusaha untuk mendapatkan anugerah dekan pada setiap semester. Turut memanjatkan rasa syukur kerana segala usaha beliau berhasil apabila dipilih antara 43 orang yang menerima ANC pada konvesyen ke-84 UiTM perlis baru-baru ini.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia ini telah memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.79 berkata dia ditawarkan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah memperoleh PNGK 4.00 pada semester pertama.
Sumber: Bernama
via sumber
0 Comments