PETRONAS meterai MoU kaji selidik lapangan Iran

TEHRAN: PETRONAS memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan National Iranian Oil Company (NIOC) untuk bekerjasama dalam kajian lapangan di South Azadegan dan Cheshmeh Khosh.

Perjanjian diadakan di ibu pejabat pusat NIOC di sini.

Mengikut MoU itu, satu kajian akan dilaksanakan untuk tempoh enam bulan dan dijangka dimuktamadkan pada suku kedua 2017.

Memeterai perjanjian bagi PETRONAS adalah Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Huluan, Anuar Taib.

NIOC diwakili Timbalan Pengarah Urusan Kejuruteraan dan Pembangunan, Dr Gholamreza Manouchehri.

"Kami mahu berterima kasih kepada NIOC di atas peluang diberikan dan MoU ini adalah pencapaian penting bagi PETRONAS dan NIOC.

"Iran menyediakan peluang pertumbuhan di Asia Barat, menjangkaui pasaran semasa kami di Iraq.

"PETRONAS akan membawakan kemampuan dan kepakaran dalam bidang minyak dan gas ke Iraq, melihat untuk mencapai kerjasama yang berjaya dengan NIOC," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments