159 jemaah haji terakhir dari Kelantan

Pix Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Sekumpulan 159 jemaah haji terakhir dari negeri ini berlepas ke Madinah, awal pagi ini.

Majlis keberangkatan mereka di Kompleks Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Panji, di sini, disempurnakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa ketika ditemui berharap jemaah haji dapat menjaga nama baik negara dan tidak melakukan perkara yang melanggar peraturan.

"Saya bersyukur kerana dapat bertemu dengan jemaah haji dan diharap mereka selamat sepanjang perjalanan serta sentiasa mendengar arahan daripada Tabung Haji (TH)," katanya.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia TH, Mohd Hisham Harun dan Pengarah TH Kelantan, Wahyudin Tamimi.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments