BERLIN: Polis Jerman menahan dua pelancong China, hari ini kerana didapati bersalah memberi tabik hormat ala Hitler di hadapan bangunan bersejarah Reichstag.
Perbuatan itu adalah satu kesalahan di negara berkenaan.
Polis dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pelancong lelaki itu yang berusia 36 tahun dan 49 tahun mempamerkan aksi zaman Nazi itu sebelum mengambil foto menggunakan telefon bimbit.
Mereka berdepan tuduhan `menggunakan simbol pertubuhan haram' dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 500 euro (RM2,518) setiap seorang.
Jerman menguatkuasakan undang-undang ketat terhadap ucapan berunsur kebencian dan simbol berkaitan Hitler atau Nazi yang menguasai negara itu dengan kejam sekitar tahun 1933 hingga 1945. - REUTERS
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments