Cemburu jualan tak laku, mayat penjual kuih dicampak ke longkang

Image may contain: one or more people, tree, outdoor and nature

SHAH ALAM – Bermotifkan cemburu, mayat seorang penjual kuih bukan sahaja dipotong dan ditetak, lebih teruk lagi  turut dicampak di dalam longkang di Persiaran Kuala Langat, Seksyen 27, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada majikan mangsa kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi, berhubung kehilangan seorang pekerjanya sejak Khamis lalu.

Shafien (tengah) ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, pada masa yang sama, majikan mangsa turut membawa dua lelaki warga Bangladesh yang didakwa telah membunuh mangsa berusia lingkungan 30-an.

“Hasil siasatan yang dijalankan kemudian mendedahkan salah seorang suspek telah mengaku membunuh mangsa di sebuah flat di Taman Megah, Shah Alam, Khamis lalu.

“Kemudian, dengan bantuan seorang lagi suspek, mayat mangsa telah dibawa ke lokasi sebelum dibuang di longkang,” katanya kepada pemberita, di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian setakat ini tidak menemui sebarang dokumen milik mangsa, namun pihaknya akan menjalankan pemeriksaan di flat terbabit untuk mencari bahan bukti atau senjata yang digunakan.

Mengulas lanjut, Shafien memaklumkan, motif kejadian dipercayai kerana suspek cemburu dan rasa sakit hati berikutan perniagaan kuih mangsa lebih laris daripada suspek.

Tambah beliau lagi, soal siasat mendapati, suspek telah membunuh mangsa dengan menggunakan tukul besi dengan menghentaknya di kepala. Dalam pada itu, suspek juga turut mengaku telah memotong mayat mangsa.

Lokasi kejadian di mana mayat mangsa ditemui.

“Siasatan masih dijalankan dan kedua-dua suspek berusia 30-an ini akan direman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments