KOTA KINABALU: Wartawan dan jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menggondol 11 hadiah utama serta lapan anugerah merit pada Kinabalu Shell Press Awards 2019 di sini, malam ini.
Anugerah utama dimenangi menerusi laporan berita bahasa Melayu oleh Mohd Izham Unnip Abdullah, Suzianah Jiffar, Norasikan Daineh, Avila Geraldine dan Fardy Bunga.
Poliana Ronnie Sidom pula menang kategori Perniagaan dan Ekonomi yang bertajuk ‘Program Penyeragaman Harga Tak Capai Sasaran’ serta meraih merit untuk Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar.
Suzianah turut meraih merit bagi kategori Berita Perniagaan dan Ekonomi, manakala wartawan sambilan BH, Rafiqah Dahali turut memenangi hadiah utama bagi Jurugambar Terbaik Kategori Wartawan Sambilan.
Wartawan New Straits Times (NST), Avila Geraldine dan Olivia Mivil serta bekas wartawan, Kristy Inus menang Anugerah Kewartawanan kategori Bahasa Inggeris untuk penyertaan berkumpulan bertajuk ‘Spesies Hidupan Liar Terancam di Sabah’.
Olivia turut meraih merit untuk Anugerah Kewartawanan Sukan manakala wartawan Harian Metro, Norasikin Daineh menang hadiah utama bagi kategori Anugerah Alam Sekitar bertajuk ‘Malaysia Bersamamu Iman’ dan Fardy meraih merit Anugerah Kewartawanan.
Wartawan sambilan HM, Hazmin Syahman Abdul Rahman menang Anugerah Berita kategori wartawan sambilan, manakala Recqueal Raimi yang juga wartawan sambilan HM turut meraih dua merit untuk Anugerah Kewartawanan kategori wartawan sambilan dan foto terbaik bagi kategori yang sama.
Jurugambar NSTP, Khairull Azry Bidin memenangi hadiah utama Anugerah Gambar Terbaik dan juga menang untuk Anugerah Sukan serta Anugerah Alam Sekitar.
Malai Rosmah Tuah meraih tempat pertama kategori Foto Berita Terbaik dan merit bagi Foto Sukan.
Hadiah utama disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau serta Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguntan Vanar.
Sumber : NSTP Sabah gondol 11 hadiah utama
0 Comments