KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan seorang pekerja kelab golf, Julai lalu.
Majistet Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 32, selepas tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan itu.
Mahkamah turut memerintahkan Sharnaaz menjalani tambahan hukuman dua bulan penjara, sekiranya gagal membayar denda. Pelakon itu kemudian membayar denda berkenaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Sharnaaz didakwa mencederakan dengan menumbuk Gous Ali, warga Bangladesh, di Level 1, KLGCC, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 5.30 petang, pada 22 Julai lalu.
Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Comments
comments
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments