Hospital tahan bayi sebagai ‘tebusan’ selagi ibu tak bayar bil

Foto Rohani Alam Shah.

AYDA Ward yang bersaiz sangat kecil telah ditahan di sebuah hospital Turki ibarat ‘tebusan’, apabila meminta ibu bapanya membayar bil perubatan berjumlah hampir £100,000 sebelum membenarkan bayi yang baru lahir itu dibawa pulang.

Ward dilahirkan tiga bulan lebih awal ketika ibunya Adele Blake, 28, sedang bercuti dengan pasangannya, Brandon Ward, 19.

Pasangan itu tersilap apabila percaya syarikat insurans akan menanggung kos £3,000 untuk pembedahan Caesarean, perubatan susulan dan bil hospital £1,200 sehari untuk bayinya yang lahir pramatang.

Pasangan dari Bradford, West Yorks, itu akhirnya terpaksa menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan supaya mereka dapat membawa Ward keluar dari hospital setelah berdepan 77 hari ‘mimpi buruk’ di Turki.

Dalam satu wawancara eksklusif Blake memberitahu The Sun: “Saya tidak dapat jelaskan betapa kami menderita dengan apa yang berlaku. Saya hanya mampu berharap orang lain tidak perlu mengalami rawatan kejam dan tidak perlu itu.”

Blake bersama Brandon. -fotoTheSun

Dia dan Brandon pergi bercuti ke sebuah resort Mediterranean popular di Marmaris pada 26 Jun lalu ketika usia kandungannya enam bulan.

Blake berkata: “Kami fikir bagus juga pergi bercuti bersama keluarga Brandon sebelum bayi dilahirkan.

Setelah membuat pemeriksaan Blake disahkan ‘layak untuk terbang’ tetapi tiga hari selepas tiba di resort Club Aida, dia melahirkan bayi di kolam renang hotel.

Dia berkata: “Saya sedang makan keropok ketika air ketuban saya pecah. Saya betul-betul terkejut dan panik.

“Saya tahu ia tidak sepatutnya berlaku. Saya menangis dalam ambulans.”

Blake dibawa ke hospital negeri di Marmaris dan dari situ dia digegaskan ke unit pakar kanak-kanak di Hospital Tekden di Denizli, empat jam perjalanan.

-fotoTheSun

Dia berkata: “Brandon tidak dibenarkan bersama dengan saya kerana ia tidak diamalkan di Turki jadi ibunya Karen bersama saya.

“Mereka melakukan pembedahan cesarean kecemasan.

“Selepas selesai, seorang penyambut tetamu tiba di bilik saya dan mula menuntut wang.

“Saya bingung dan benar-benar hanya mahu melihat bayi saya tetapi mereka membawa saya ke pejabat, mendesak saya membuat bayaran pendahuluan.”

Blake mendakwa perlu menunggu lebih kurang 10 jam sebelum dapat bertemu anak perempuannya untuk kali pertama.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments