BURIRAM, THAILAND: Lebih 20 penyokong Harimau Malaya cuba mencetuskan kekecohan di Stadium I-Mobile selepas Malaysia tewas 1-4 kepada Korea Utara pada aksi Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019, malam tadi.
Kumpulan penyokong itu menunggu berhampiran bas pasukan Harimau Malaya di perkarangan stadium sambil berteriak memarahi pemain ketika anak buah Nelo Vingada menaiki bas.
Seorang penyokong yang enggan mendedahkan namanya, berkata mereka tidak berpuas hati dengan keputusan yang diraih pasukan kebangsaan pada perlawanan itu.
"Kalah 4-1, satu keputusan yang sukar diterima sebagai penyokong Malaysia.
"Sudah lama kami sabar, malas nak bercerita soal pengorbanan (datang ke stadium). Tapi kami memang kecewa," katanya.
Kekecohan itu bagaimanapun terkawal dan ia berakhir selepas bas pemain beredar daripada perkarangan stadium.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments