KAJANG – Ketika pembangkang lebih sibuk bercakap rakyat menderita konon harga barangan mahal, mereka tidak pula berbuat apa-apa untuk membantu penduduk kurang berkemampuan.
Sebaliknya, Pengerusi NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos yang sedar dengan permasalahan ini bertindak menolong meringankan rakyat marhaen termasuk menjual pelbagai produk pengguna dengan harga murah.
Terbaharu, beliau yang amat terkenal menerusi pelbagai aksi gimik sinis terhadap skandal kerajaan negeri Selangor, melancarkan siri Program Jelajah Jualan Ikan Segar Dengan Harga Patut julung kali di Semenyih pada Sabtu.
Acara tersebut sekali gus membuktikan harga makanan laut itu sebenarnya mahal di pasaran selama ini akibat taktik ‘permainan jahat’ peraih atau orang tengah yang didakwanya bersekongkol dengan pihak pembangkang.
Lebih 1,000 orang sanggup beratur seawal jam 7 pagi di Pasar Tani Bandar Tasek Kesuma itu untuk membeli ikan dengan dijual pada harga runcit istimewa serendah RM5 sekilogram yang lebih murah berbanding pasaran.
berkata, jualan itu julung-julung kali diadakan dengan membekalkan sebanyak empat tan ikan dan ayam untuk rakyat menikmatinya.
“Jualan seperti ini sememangnya berbeza dengan mana-mana tempat lain, yang mana setiap orang berhak membeli tiga kilo ikan dengan harga RM5 sahaja setiap kilo.
“Semua ini untuk membuktikan bahawa harga jualan ikan yang mahal di pasaran melalui orang tengah ini sengaja dilakukan oleh pihak tertentu supaya rakyat akan marah kepada kerajaan maklumlah Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) sudah dekat, jadi mereka cuba meraih sokongan daripada rakyat, ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Jelajah Jual Ikan Murah di Bandar Tasek Kesuma, Semenyih di sini hari ini.
Yang turut hadir ADUN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz.
Comments
comments
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments