KUALA LUMPUR: Simpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir, syarikat jualan langsung Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd (Sahajidah Hai O) tampil menghulurkan bantuan kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima.
Sahajidah Hai-O menyumbang sebanyak RM50,000, manakala Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hai-O, Tan Kai Hee secara peribadi turut menyumbang RM50,000.
Cek sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Sahajidah Hai-O, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar kepada Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzaman di Balai Berita, hari ini.
Kai Hee berkata, pihaknya bersimpati dengan penderitaan mangsa banjir dan mengambil kesempatan untuk memberi bantuan kewangan kepada mereka.
"Kami sangat berharap sumbangan ini memberikan manfaat dan meringankan beban mereka untuk kembali membina kehidupan baharu," katanya.
Kai Hee berkata, Sahajidah Hai-O amat menitik beratkan kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments