PELAWAK Shuib menolak dakwaan yang kedengaran kononnya dia telah ‘dibuang’ daripada bertugas sebagai penyampai segmen pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata keputusan untuk berhenti dari stesen radio tersebut sudah dirancang sejak tiga bulan yang lalu.
“Saya bukan dibuang dan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Kalau tak percaya boleh hubungi pihak produksi stesen radio itu sendiri untuk penjelasan.
“Memang saya buat keputusan untuk tak nak sambung kontrak dengan Sepahtu Sinar. Keputusan ini sudah dirancang tiga bulan lalu.
Shuib terpaksa menolak tawaran sambung kontrak dua tahun bersama Sepahtu Sinar.
“Hanya isteri, keluarga dan rakan terdekat yang tahu mengenai perkara itu sehingga semalam (Rabu) baru semua dimaklumkan,” kata Shuib kepada mStar Online.
Shuib diminta mengulas mengenai dakwaan dia dikatakan diberhentikan daripada segmen yang bersiaran pada pukul 6 hingga 10 pagi itu.
Menerusi secara langsung Instagram Shuib pada Rabu, dia mengumumkan tidak lagi kendali segmen bersama Jep dan Rahim itu kerana perlu memberi tumpuan penuh pada perniagaan yang sedang meningkat naik.
Baginya, pengalaman selama dua tahun sebagai penyampai radio sudah mencukupi dan tiba masa untuk dia beralih ke bidang lain.
“Cukuplah dua tahun pengalaman sebagai penyampai radio. Tiba masa untuk beri tumpuan penuh pada perniagaan saya yang semakin baik.
“Kalau saya teruskan dengan radio takut kerja yang lain buat acuh tak acuh. Jadi, lebih baik saya fokus pada yang satu sahaja.
“Lagipun, saya ada terima tawaran menjadi pengacara untuk episod yang panjang. Biar saya mencuba sesuatu yang baru untuk tahun baru,” ujarnya.
Shuib dan isterinya sedang menguruskan perniagaan produk kecantikan dan yang terbaru, madu.
Baca lebih lanjut di http://ift.tt/2BmQ7n5
Comments
comments
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments