Bekas banduan liwat ‘rakan sebilik’ dipenjara

Foto Rohani Alam Shah.

KUALA TERENGGANU- Seorang bekas banduan dihukum lima tahun penjara dan dikenakan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana sanggup meliwat seorang banduan lain semasa berada di dalam tawanan penjara di Penjara Marang, lapor Sinar Harian

Keputusan dibuat Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh, Che Muhammad Faris Che Abdul Roni, 21, dari Tumpat, Kelantan, mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan itu di bilik F2, zon 3, Penjara Marang, Marang, kira-kira jam 2 pagi, pada Oktober lalu.

Dengan itu, tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali. – NewMalaysianPost

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments