Selepas 13 Tahun, Jam Loceng Yang Tersangkut Dalam Dinding Rumah Masih Lagi Berbunyi

Setiap hari jam loceng yang tersangkut di dalam dinding rumah lelaki ini akan berbunyi tepat jam 8 malam.

Insiden ini berlaku ketika Jerry Lynn cuba menebuk dinding rumahnya untuk menarik kabel televisyen tanpa mengganggu wayar atau paip di dalam dinding tersebut.

Dia mengambil jam loceng lalu mengikatnya pada tali sebelum memprogramkannya supaya berbunyi dalam masa 10 minit.

Kemudian, Jerry menurunkan jam itu dan menunggu sehingga jam tersebut berbunyi. Namun malangnya jam loceng tersebut terlucut dari tali. Jerry cuba untuk mengambil semula jam tersebut tapi gagal.

Dia tidak mahu memecahkan dinding rumah mereka kerana yakin jam loceng itu akan kehabisan bateri dalam masa tiga atau empat bulan. Namun selepas 13 tahun, jam loceng tersebut masih lagi berbunyi.

 

Sumber

Previous PostPreviousNext PostNext

Post a Comment

0 Comments