Selepas 14 Tahun, Rumah Ini Akhirnya Dirobohkan

Notis pertama untuk merobohkan satu-satunya rumah usang yang terletak di tengah-tengah lebuh raya ini adalah pada tahun 2003.

Xu, 87, enggan berpindah pada awalnnya kerana tidak berpuas hati dengan pampasan yang ditawarkan.

Namun selepas 13 tahun berunding, mereka sekeluarga akhirnya bersetuju untuk menjual rumah yang betul-betul terletak di Lebuh Raya Hu Ting Bei, Jiuliting di daerah Songjiang, Shanghai.

Jalan raya terpaksa di kecilkan kepada dua laluan dan ia melingkari rumah berkenaan yang sering menyebabkan kesesakan.

Difahamkan, mereka sekeluarga tidak sabar untuk berpindah kerana tidak tahan melihat kemalangan yang berlaku. Malah, dinding rumah mereka juga pernah dilanggar oleh sebuah teksi.

Previous PostPreviousNext PostNext

Post a Comment

0 Comments