TIADA yang paling mendebarkan selain saat mengalami malam pertama”.Itulah tanggapan orang ramai mengenai malam pertama.
Seakan-akan tiada kata yang cukup untuk menulis mahupun mentafsir saat indah yang sering ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pasangan pengantin baharu.
Memang tidak dapat dinafikan, apabila bercakap tentang malam pertama sudah pasti kaum wanita antara yang paling sibuk menyediakan sesuatu.
Ia termasuklah pemilihan pakaian dan jenis wangian yang sesuai dipakai ketika malam yang ‘bersejarah’ itu.
Namun, berlainan pula dengan pasangan ini apabila harapan pemilik nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob untuk bertemu isterinya, Mawar pada malam pertama berakhir dengan sesuatu yang tidak disangka!
Haaa? Apa agaknya yang tidak disangka itu ya? Hmmm…
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Raf menceritakan detik indah yang dinanti bertukar ‘hambar’ apabila sebaik sahaja sampai di bilik hotel dia mendapati isteri dan anak sulungnya sudah nyenyak tidur.
“Malam Jumaat EXPECTATION vs REALITY. Selepas je nikah,Raf masuk bilik cepat-cepat salin baju. Sempat snap gamba katil pengantin yang romantic tu. Lepas itu terus rushing ke Stadium Panasonic. Ada game penting with @o2fc for #SCL2017.
We won 1-0! Lepas game sanggup tak join makan-makan dengan players sebab nak balik kat isteri tercinta. Drive laju-laju from Shah Alam to KL.
Sampai je bilik, tengok @mawarashid and @rayyanchanelaraf DAH TIDO 😑 Hmmm hampeh. Raf pun tidur terus. Kbye. #Hambar #TiadaMalamJumaat#MalamPertama1Raf0 #MawaRafNikah,” tulisnya menerusi gambar berkenaan.
Hasil tinjauan MYNEWSHUB menerusi Instagram milik Raf, perkongsian yang menerima lebih daripada 25,000 likes itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Rata-rata antara mereka terhibur dengan cerita pendek itu sekali gus menganggap mereka pasangan yang romantis dan serasi.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat disatukan dengan hanya sekali lafaz sekitar pukul 3.20 petang pada 9 November lalu.
Comments
comments
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments