Kredit gambar utama: HATSUNE MIKU EXPO 2014 in Indonesia Official Illustration
Illustration by KEI © Crypton Future Media, INC. www.piapro.net
Miku Expo 2017 semakin menghampiri, peminat muzik Vocaloid tentunya semakin tidak sabar menantikan detik 16 Disember. Dalam keterujaan ini, tidak dinafikan masih ada yang langsung tiada idea siapakah Hatsune Miku…
Miku, salah satu watak Vocaloid yang dibangunkan oleh Crypton Future Media merupakan penyanyi bukan manusia, yang imej fizikalnya dipancarkan secara 3 dimensi menggunakan hologram. Suaranya pula disintesis untuk menghasilkan lagu.
Ingin mengenalinya? Kami senaraikan 6 perkara tentang Hatsune Miku, idola maya terkenal ini.
#1 31 Ogos 2007
Kredit: HATSUNE MIKU EXPO 2014 in Indonesia Official Illustration
Illustration by KEI © Crypton Future Media, INC. www.piapro.net
Bukan tarikh kemerdekaan Malaysia yang dimaksudkan, tetapi inilah tarikh lahir Hatsune Miku. Jika dikira, Miku sepatutnya hanya berusia 10 tahun tetapi dia digambarkan sebagai sensasi pop berusia 16 tahun.
#2 Lagu-Lagu Nyanyiannya Dicipta Para Peminat
Iya, anda juga boleh menjadi salah seorang daripada pencipta lagu-lagu nyanyian Miku. Idola maya ini menggunakan contoh suara pelakon suara terkenal Jepun, Saki Fujita yang pernah terlibat dalam rancangan seperti Attack on Titan dan Durarara!! Dia boleh menyanyi dalam pelbagai bahasa dan sehingga kini, dia mempunyai ribuan lagu. Malah keseluruhan senarai lagunya dicipta oleh para peminat dari seluruh dunia dengan menggunakan sebuah program khas untuk menulis dan menyusun lagu.
#3 Pernah Menyarung Sehelai Gaun Istimewa Rekaan Pereka Fesyen Terkenal
#4 Kebolehan Nyanyiannya Tiada Limitasi
#5 Menjadi Tetamu Jemputan Rancangan Televisyen AS
#6 Berkongsi Pentas Dengan Penyanyi Antarabangsa Terkenal
Inilah serba sedikit tentang Hatsune Miku. Anda boleh mengenali persona ini dengan lebih mendalam jika berkunjung ke Miku Expo 2017. Ayuh! Segera dapatkan tiket anda, hari ini.
Klik di sini untuk maklumat lanjut!
0 Comments