Facebook Messenger Khas Untuk Kanak-Kanak Telah Dilancarkan

Sebuah aplikasi baru iaitu Messenger Kids khas untuk kanak-kanak telah dilancarkan.

Aplikasi terbaru Facebook ini membolehkan kanak-kanak berhubung melalui panggilan video atau teks dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.

Berbeza dengan Facebook Messenger biasa, Messenger Kids boleh disambungkan ke akaun ibu-bapa dan ini membolehkan ibu-bapa mengawasi perbualan anak-anak mereka.

Aplikasi ini juga disertakan dengan beberapa effect khas untuk menjadikan panggilan video lebih menarik ketika digunakan.

Buat masa ini, Messenger Kids kini hanya ditawarkan untuk pengguna Amerika Syarikat dan mungkin diperluaskan berdasarkan maklum balas orang ramai.

Sumber: Amanz
Previous PostPreviousNext PostNext

Post a Comment

0 Comments