Barcelona bimbang kelibat Morata aksi Liga Juara-Juara

MADRID: Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde menyifatkan bekas penyerang Real Madrid, Alvaro Morata sebagai ancaman utama apabila pasukannya turun berdepan Chelsea dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Pernah tumbang kepada skuad The Blues pada kempen separuh akhir edisi 2011/12, Valverde mengakui kesukaran menghadapi juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

"Ia adalah undian yang sukar buat kami kerana lawan adalah sebuah pasukan yang kuat," katanya.

"Chelsea adalah juara EPL tetapi kami tetap teruja mengenai pertembungan ini, walaupun ia amat sukar.

"Ternyata Chelsea adalah sebuah pasukan yang kuat secara fizikal, dengan taktikal yang jelas. Mereka memanfaatkan ciri fizikal EPL dengan baik.

"Dengan kehadiran Morata mereka menambah kepantasan di bahagian serangan, manakala (Eden) Hazard bertindak dengan baik di posisi sayap." - REUTERS



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments