Lari dari `neraka Libya'

ROME: Sicily menyambut ketibaan hampir 900 pendatang, selepas mereka berjaya diselamatkan di perairan Mediterranean di luar pesisir Libya, sejak beberapa hari lalu.

Ramai daripada mereka menyuarakan perasaan lega selepas berjaya melepaskan diri daripada 'neraka Libya'.

Difahamkan, lebih 330 pendatang yang diselamatkan pengawal pantai Itali dan beberapa kapal Eropah sudah berada di beberapa pelabuhan di Sicily.

Sementara itu, ratusan lagi pendatang kini dalam pelayaran ke bandar Trapani, barat Sicily dan 450 pendatang lain, termasuk seorang wanita yang hampir melahirkan anak, dijangka tiba di Ausgusta menggunakan bot Aquarius, yang dikendalikan kumpulan kebajikan SOS Mediterranee bersama Doktor Tanpa Sempadan (MSF).

"Kenyataan yang direkodkan di Aquarius pada Ahad lalu menunjukkan situasi pendatang dan pelarian di Libya amat teruk.

"Mereka tiada jalan lain kecuali mengambil risiko menggunakan jalan laut untuk melarikan diri," kata Presiden SOS Mediterranee di Perancis, Francis Vallat.

Libya sejak sekian lama menjadi hab transit utama pendatang yang mahu pergi ke Eropah.

Menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), lebih 3,000 maut ketika cuba merentasi laut Mediterranean dengan bot. - AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments