PM bertemu komuniti Malaysia di Singapura

SINGAPURA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa beramah mesra dengan komuniti Malaysia di Singapura sempena menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kelapan, dekat sini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 350 rakyat dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Berucap pada majlis itu, Najib menegaskan ekonomi negara berada pada landasan yang betul meskipun menghadapi pelbagai dakwaan negatif.

Katanya, ia dibuktikan lagi apabila Bank Negara Malaysia (BNM) sudah tiga kali menilai semula kadar pertumbuhan ekonomi kerana yakin negara mampu mencatat pertumbuhan lebih baik.

Beliau berkata, pengukuhan ringgit turut memberi petunjuk positif ke arah pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan mengekalkan polisi sedia ada termasuk menjalin hubungan baik dengan negara tetangga.

Katanya, dasar kerajaan yang digunakan pada masa ini termasuk berkaitan dalam negara atau peringkat antarabangsa adalah berdasarkan dasar yang boleh membawa manfaat kepada negara.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments