Tingkat penguasaan bahasa Melayu di SJKC

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Meningkatkan Standard Penguasaan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), yang ditubuhkan minggu lalu dapat meningkatkan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan muridnya.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, berkata ia dilaksanakan berikutan 15 peratus murid SJKC, yang tidak mendapat pencapaian minimum sekurang-kurangnya gred D dalam subjek Bahasa Melayu pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Selari dengan sifar peralihan di sekolah menengah, jawatankuasa itu akan merangka program dan meneliti kaedah paling sesuai untuk membantu murid SJKC menguasai serta meningkatkan prestasi bahasa Melayu mereka.

"Jawatankuasa ditubuhkan hasil mesyuarat bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu kumpulan pendidikan masyarakat Cina dan saya sendiri mempengerusikannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Inovasi Institut Pendidikan Guru (IPG) 2018 (HaI 2018) di IPG Kampus Bahasa Melayu, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Rektor IPGM, Dr Sariah Abd Jalil.

Pada majlis HaI 2018 yang diadakan selama dua hari itu, 140 hasil inovasi diketengahkan, membabitkan 53 pensyarah, pelajar (72) dan alumni IPG (15) dari seluruh negara.

Mengulas lanjut, Sin Woon berkata, pihaknya akan menilai inisiatif yang dijalankan di SJKC sebelum melaksanakannya di SJK Tamil (SJKT).

"Pada masa ini, kami tidak menerima sebarang usul daripada SJKT tetapi akan memanfaatkan segala usaha dalam meningkatkan pencapaian penguasaan bahasa kebangsaan," katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments