Bayi sakit jantung perlu bantuan RM40,000

KUALA LUMPUR: Pemandu bas, Hamidon Abidin, 42, memerlukan bantuan orang ramai untuk menyelamatkan bayinya yang baru berusia 22 hari tetapi dikesan mempunyai masalah jantung.

Isterinya Zuhaina Zulkamal, 42, yang juga seorang suri rumah berkata, bayi mereka Dzihni Keysha Humaira dikesan mengalami jantung berlubang dan juga masalah saluran darah ke paru-paru sehari selepas kelahiran.

“Saya perasan, lepas dilahirkan, bayi saya kelihatan pucat sedikit dan bibirnya kebiruan, bukan putih kemerah-merahan seperti bayi normal yang lain.

“Bayi saya sekarang bergantung kepada bantuan alat pernafasan sejak lahir. Kini, berat badannya juga berkurang sebanyak 130 gram.

“Saya berharap orang ramai membantu kami supaya kesihatan Humaira bertambah baik dan dapat menjalani kehidupan normal,” katanya di sini, hari ini.

Zuhaina berkata, pasukan doktor dari dua hospital berbeza mengesyorkan bayi kami menjalani pembedahan di Gleneagles Kuala Lumpur.

Katanya, Humaira memerlukan bantuan kewangan kira-kira RM40,000 bagi menampung kos pembedahan yang akan dijalankan secepat mungkin.

“Jika pembedahan tidak dilakukan, ini akan membahayakan nyawa Humaira kerana bayi saya kekurangan oksigen ke paru-paru,” katanya.

Orang ramai boleh menyumbang kepada Humaira menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP melalui akaun Maybank 5141 0532 3170.

Sumbangan dengan hendaklah ditulis nama pesakit (Dzihni Keysha Humaira Hamidon) di belakang cek dan dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, No. 31, Jalan Riong, 51900, Bangsar, Kuala Lumpur.



Sumber : Bayi sakit jantung perlu bantuan RM40,000

Post a Comment

0 Comments