Sweden gugur siasatan rogol terhadap pengasas WikiLeaks

STOCKHOLM: Pendakwa raya Sweden hari ini berkata, beliau tidak akan meneruskan siasatan terhadap pengasas WikiLeaks, Julian Assange atas dakwaan rogol selepas meneliti bukti itu.

Timbalan Pendakwa raya Eva-Marie Persson berkata bahawa, bukti pengadu dianggap boleh dipercayai dan berwibawa, namun selepas hampir sedekad, ingatan saksi telah lemah.

“Selepas menjalankan penilaian komprehensif terhadap apa yang berlaku semasa siasatan awal, saya kemudian membuat penilaian bahawa bukti itu tidak cukup kuat untuk membentuk asas bagi memfailkan dakwaan,” kata Persson semasa sidang media.

Warga Australia berusia 48 tahun berulang kali menafikan dakwaan terhadapnya yang dibuat pada 2010.

Langkah dibuat pendakwa raya itu berkemungkinan menimbulkan dilema kepada mahkamah British untuk memutuskan persaingan permintaan ekstradisi antara Amerika Syarikat dan Sweden.

Walau bagaimanapun, pendakwa raya berkata, keputusan menggugurkan siasatan itu boleh dirayu.

Assange kini ditahan di penjara Britain sementara menunggu sesi pendengaran pada Februari depan untuk ekstradisi ke Amerika Syarikat atas 18 pertuduhan jenayah termasuk bersubahat menggodam komputer kerajaan dan melanggar undang-undang pengintipan. -Reuters.



Sumber : Sweden gugur siasatan rogol terhadap pengasas WikiLeaks

Post a Comment

0 Comments