Belanda positif industri minyak sawit Malaysia

KUALA LUMPUR: Belanda yakin berhubung kepentingan minyak sawit dan melihat masa depan yang cerah bagi industri itu di Malaysia.

Duta Besar Belanda ke Malaysia Aart Jacobi berkata, beliau tidak bimbang berhubung perbincangan berhubung langkah-langkah terhadap minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU).

“Kita semua tahu bahawa kelapa sawit bagi setiap meter persegi atau setiap ekar memberikan hasil lapan kali lebih tinggi daripada minyak lain yang kita tahu.

“Sehubungan itu, ia amat penting untuk penduduk dunia yang akan meningkat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Terdapat rundingan dan perbincangan berhubung langkah-langkah EU ke atas minyak sawit tetapi itu hanya jangka pendek.

“Bagi jangka masa panjang, saya berpendapat wujud masa depan yang baik bagi minyak sawit,” katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata, demikian selepas menyaksikan majlis pemeteraian surat hasrat antara Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Belanda Christoph Prommersberger bagi pihak Belanda di Parlimen, semalam. - BERNAMA



Sumber : Belanda positif industri minyak sawit Malaysia

Post a Comment

0 Comments