Kalau tak sokong PM, boleh buat resolusi - Dr Mahathir

Bangi: Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan terbuka untuk mana-mana Ahli Parlimen mengemukakan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya sebagai Perdana Menteri.

Katanya, beliau tidak tahu siapa yang tidak menyokongnya walaupun ramai sudah menyatakan pendirian menyokong.

“Yang saya tahu, PAS kata mereka sokong saya, terima kasih. UMNO juga kata mereka sokong saya, terima kasih.

“Saya tak tahu siapa lagi yang tidak menyokong saya. Kalau mereka tak sokong saya, mereka boleh kemukakan resolusi (usul) tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan saya akan patuhi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Malaysia Future Leaders School (MFLS), di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merasmikan Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School sambil disaksikan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di UKM, Bangi. - Foto Eizairi Shamsudin

Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mengenai cadangan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa, supaya Dr Mahathir memilih antara UMNO atau DAP, beliau menegaskan tidak akan menyertai parti yang rosak.

“Kalau dia (Anuar) tak rosakkan UMNO, saya pilih UMNOlah tapi pasal (sebab) dia dan kawan-kawan dia (termasuk) Datuk Seri Najib Razak guna UMNO untuk cari duit, takkan saya nak masuk parti macam itu,” katanya.



Sumber : Kalau tak sokong PM, boleh buat resolusi - Dr Mahathir

Post a Comment

0 Comments