
AMSTERDAM: Seorang kanak-kanak lelaki di Belgium bakal menerima ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik daripada Universiti Teknologi Eindhoven, Belanda, Disember depan, sekali gus menjadikan beliau antara graduan termuda dunia.
Selain pencapaian menakjubkan mendapat ijazah pada usia sembilan tahun, beliau juga berjaya menyelesaikan kursus terbabit dalam tempoh sembilan bulan sahaja berbanding tempoh biasa selama tiga tahun.
“Kini saya menjalani pengajian kejuruteraan elektrik. Ia mengenai mereka litar dan perkara-perkara berkaitan. Mengenai litar sebenarnya,” Laurent Simons.
Pensyarah beliau tidak mempunyai kata-kata untuk menceritakan kelebihan Simons.
“Secara mudah, kualiti Laurent luar biasa. Kanak-kanak lelaki ini adalah pelajar terpantas pernah saya lihat dan bukan sahaja amat bijak tetapi mempunyai tingkah laku baik,” kata pengarah program kejuruteraan elektrik di universiti itu, Sjoerd Hulshof. - AFP
Sumber : Kanak-kanak Belgium 9 tahun sudah dapat ijazah
0 Comments