KDN rangka pelan tangani masalah PATI

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha menyediakan pelan holistik penguatkuasaan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman, berkata pelana berkenaan bersifat lebih komprehensif dalam menangani masalah berkenaan.

“Pelan ini adalah bagi memperkukuhkan tadbir urus dan menambah baik sistem kerja penguatkuasaan sedia ada yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat, malam ini.

Mohd Azis berkata, Jabatan Imigresen menahan 47,093 PATI di seluruh negara sejak Januari lalu hingga kelmarin.

Katanya, penahanan warga asing itu dilakukan hasil 15,996 operasi yang dijalankan sepanjang tempoh itu.

“Sebagai langkah kawalan untuk PATI di Malaysia mematuhi peruntukan undang-undang, kerajaan melalui Jabatan Imigresen melakukan operasi penguatkuasaan secara bersepadu.

“Operasi itu dijalankan membabitkan perkongsian sumber dan maklumat risikan di kawasan yang menjadi tumpuan warga asing,” katanya.

Menurutnya, seramai 1,179 majikan turut ditahan kerana menggaji PATI sepanjang tempoh berkenaan.



Sumber : KDN rangka pelan tangani masalah PATI

Post a Comment

0 Comments