KUALA BERANG – Polis menahan lapan remaja atas kesalahan melanggar prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam.
Lapan remaja berusia antara 15 tahun dan 20 tahun itu, daripada beberapa kampung di Hulu Terengganu sedang bermain futsal di Binjai Kertas, di sini, kira-kira jam 8 malam, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata remaja terbabit melarikan diri dan meninggalkan motosikalnya di luar gelanggang futsal selepas menyedari kehadiran anggota yang meronda.
Tegasnya, remaja terbabit melarikan diri dan meninggalkan beberapa buah motosikal dan barang peribadi termasuk telefon bimbit.
“Pegawai serta anggota Team Charlie melakukan pemeriksaan dan membawa pulang motsikal ke Balai Polis Kuala Berang untuk tindakan selanjutnya.
“Lapan remaja terbabit datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu dan menjelaskan tujuan kehadirannya kira-kira jam 1 pagi tadi,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Mohd Adli berkata, lapan remaja terbabit ditahan kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 7 (1), Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Nombor 6, (Pindaan 2020).
Katanya, lapan remaja itu dibebaskan selepas notis kompaun dikeluarkan dan mereka diberi tempoh selama 14 hari untuk menjelaskan bayaran.
“Remaja itu akan didakwa di mahkamah tanpa sebarang notis jika gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh ditetapkan,” katanya.
via Wowberita
0 Comments