Usaha PH ambil alih kerajaan yang dirampas PN adalah wajib – Khalid Samad

SHAH ALAM – Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad berkata usaha untuk mengambil alih kembali pentadbiran yang telah dirampas oleh Perikatan Nasional (PH) melalui tindakan khianat beberapa ahli parlimen adalah satu usaha yang wajib atas Pakatan Harapan (PH).

Bekas Menteri Wilayah itu berkata, kemenangan PH pada PRU 14 adalah satu amanah yang besar dimana PH tiada pilihan melainkan untuk berusaha melakukan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali tampuk pemerintahan sepertimana yang diperjuangkan oleh ramai rakyat Malaysia.

“Kita ingat balik, semasa PRU 14 orang beratur berjam untuk mengundi dan setelah mereka melakukan undian mereka itu, mereka telah memenangkan PH, maka kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali memerintah untuk kembalikan amanah yang diberikan rakyat kepada kita,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan PN akan menjadi kerajaan paling singkat dalam sejarah Malaysia.

“Dengan izin Allah, kerajaan ini akan menjadi kerajaan paling singkat dalam sejarah Malaysia dan terma paling singkat pemimp pembangkang kerana kita tidak mahu menjadi pembangkang lebih lama,” katanya.

Kerajaan PH tumbang pada Februari lalu setelah PPBM pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin dan beberapa ahli parlimen PKR pimpinan Azmin Ali mengumumkan keluar dari pakatan tersebut.

Susulan itu, perdana menteri, Tun Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai PM ke 7.

Beliau kemudian dilantik sebagai perdana menteri interim oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) supaya penggantinya boleh dilantik.

Setelah mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen, YDPA melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke 8 setelah mendapati beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Kerajaan PN kemudiannya ditubuhkan melalui gabungan PPBM dengan Barisan Nasional, GPS dan PAS.

PAda PRU-14 lepas, PH menaburkan pelbagai janji pilihanraya termasuklah penghapusan tol dan penangguhan pembayaran pinjaman PTPTN.

Walaubagaimanapun, janji tersebut tidak ditunaikan menyebabkan rakyat menggelar kerajaan tersebut sebagai kerajaan Pakatan Hancing.

Alasan yang diberikan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir di atas kegagalan menunaikan janji manifesto adalah “manifesto bukanlah kitab suci yang wajib dipatuhi”



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments