
PUTRAJAYA: Polis menahan 21 individu dan mengeluarkan 277 kompaun atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri.
"Sebanyak 32 kenderaan turut diarah patah balik atas cubaan merentas negeri tanpa kebenaran.
"Antara negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri yang tertinggi adalah Selangor (17), Pahang (6) dan Negeri Sembilan dan Melaka (4)," katanya, pada sidang media, di sini hari ini.
Sumber : 31 individu ditahan, 277 kompaun dikeluarkan ingkar PKPB
0 Comments