Bapa MB Negeri Sembilan meninggal dunia pada usia 103 tahun

PORT DICKSON: Bapa kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 103 tahun akibat sakit tua, hari ini.

Harun Selamat yang sudah lama uzur, disahkan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pachitan, Chuah, di sini, kira-kira jam 7.40 malam tadi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (depan kanan), membaca Yasin di rumah bapanya, Harun Selamat yang meninggal dunia kira-kira jam 7.40 malam tadi. - NSTP/Mohd Khidir Zakaria
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (depan kanan), membaca Yasin di rumah bapanya, Harun Selamat yang meninggal dunia kira-kira jam 7.40 malam tadi. - NSTP/Mohd Khidir Zakaria

Abang kepada Aminuddin, Amin Harun, berkata arwah bapanya sudah menunjukkan petanda awal apabila tidak mahu menjamah nasi sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun pada Sabtu lalu, beliau berkata, Allahyarham kelihatan gembira dengan kepulangan cucu menziarahinya.

"Keadaan arwah mulai berubah, petang tadi, apabila kelihatan lemah. Justeru, saya merakam video dan menghantarnya kepada adik bongsu (Aminuddin) serta meminta beliau balik jika tidak sibuk.

"Beliau memberitahu akan balik selepas satu program, malam ini, namun tidak sempat kerana arwah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 malam tadi," katanya ketika ditemui.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sawah, terletak tidak jauh dari Kampung Pachitan, jam 10 pagi esok.



Sumber : Bapa MB Negeri Sembilan meninggal dunia pada usia 103 tahun

Post a Comment

0 Comments