COVID-19: Hanya tiga kes baharu

KUALA LUMPUR: Penularan wabak COVID-19 di negara ini terus mencatatkan perkembangan positif apabila hanya tiga kes baharu direkodkan, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 8,590 kes, dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan ialah 283 kes.

"Semua kes baharu adalah penularan dalam negara, iaitu dua bukan warganegara dan satu warganegara. Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dilaporkan hari ini.

"Satu kes daripada kluster Pedas membabitkan bukan warganegara, manakala kluster meninggal di rumah (MDR) merekodkan pertambahan satu kes warganegara dan bukan warganegara.

"Kedua-dua kes baharu kluster MDR ini ialah ahli keluarga kepada kes ke-8,506," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sembilan kes pulih dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang bebas daripada jangkitan COVID-19 adalah 8,186 kes atau 95.3 peratus.

Selain itu, katanya, tiga kes positif COVID-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU), namun tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

"Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini, justeru jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes atau 1.41 peratus," katanya.



Sumber : COVID-19: Hanya tiga kes baharu

Post a Comment

0 Comments