
LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) akan mengadakan perbincangan mendalam mengenai apa yang harus dilakukan sekiranya musim ini dipendekkan.
Semua kelab akan diberi hak bersuara dalam perbahasan terperinci mengenai jadual liga jika musim ini tidak dapat dihabiskan, walaupun berharap penyingkiran tidak akan dikecualikan.
Dua perlawanan pembukaan dijangka berlangsung pada 17 Jun, dengan perlawanan penuh pada hujung minggu itu.
Operasi hari perlawanan dan garis panduan permainan juga akan dimaklumkan, dengan pelanggaran terhadap syarat keselamatan yang ketat akan dikenakan tindakan.
Jumlah orang yang dibenarkan masuk ke dalam stadium ketika perlawanan perlu dihadkan kepada sekitar 300 orang, menurut dokumen yang dihantar kepada kelab.
Ketua Eksekutif EPL, Richard Masters memberitahu BBC Sport penghapusan penyingkiran jika musim ini harus dibatalkan kerana gelombang kedua kes coronavirus adalah 'topik penting' dan perlu dibahaskan oleh kelab.
Selepas beberapa minggu perbincangan mengenai cadangan untuk menggunakan gelanggang berkecuali, BBC Sport difahamkan hampir semua baki 92 perlawanan akan dilangsungkan di gelanggang sendiri dan tempat lawan.
Namun, pihak EPL akan menjelaskan bagaimana mereka perlu mengenal pasti gelanggang berkecuali yang sudah dipersetujui untuk setiap wilayah sebagai sebahagian daripada perancangan luar jangka sekiranya berlaku lonjakan kes tempatan membabitkan coronavirus. - AGENSI
Sumber : EPL dijangka buat keputusan baru jika musim ini dipendekkan
0 Comments