Kes denggi menurun 11.7 peratus untuk lima bulan pertama tahun ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah berhenti melaksanakan pemantauan, pencegahan dan rawatan denggi walaupun kini negara berhadapan pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, berkata kempen membanteras denggi terus berjalan seperti biasa dan mereka boleh mendapatkan rawatan di hospital dan pusat kesihatan di seluruh negara.

Katanya, tidak timbul isu yang kementerian atau mana-mana hospital atau pusat kesihatan mengabaikan pencegahan, pemantauan dan rawatan denggi.

"Berdasarkan statistik, kes demam denggi untuk lima bulan tahun ini lebih rendah iaitu 46,938 kes menurun sebanyak 11.7 peratus berbanding 53,187 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu," katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan statistik itu menunjukkan petanda yang baik apabila kes denggi yang dilaporkan semakin menurun.

Katanya, usaha pencegahan denggi akan terus dijalankan dan sokongan awam sangat diperlukan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai menggunakan waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membersihkan kediaman dan kawasan komuniti masing-masing sebagai mencegah kes denggi.



Sumber : Kes denggi menurun 11.7 peratus untuk lima bulan pertama tahun ini

Post a Comment

0 Comments