Kanak-kanak dilaporkan hilang terjatuh ke sungai

RAWANG: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun dilaporkan hilang selepas terjatuh ke sungai berdekatan rumahnya di Jalan Kampung Baru, Sungai Bakau, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, Zaidi Ahtan, berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Suhail Fadzil, dilaporkan terjatuh ke sungai kira-kira jam 3.40 petang selepas hujan lebat.

Susulan itu, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancar membabitkan 27 anggota dari BBP Rawang dengan dibantu BBP Shah Alam dan Bukit Sentosa.

"Operasi dimulakan jam 4.07 petang sebelum dihentikan pada jam 7 malam tadi berikutan cuaca semakin gelap.

"Kami sudah melakukan pencarian sejauh empat kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh ke sungai," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi akan disambung semula pada jam 7 pagi ini.



Sumber : Kanak-kanak dilaporkan hilang terjatuh ke sungai

Post a Comment

0 Comments