KKM masih perketat sesi melawat pesakit

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) masih memperketatkan sesi melawat pesakit di hospital di seluruh negara, ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata orang ramai dinasihatkan tidak membawa kumpulan berisiko terutamanya kanak-kanak untuk melawat pesakit di hospital.

"Setakat ini kita masih memperketatkan lawatan itu kerana kita dapati banyak risiko jangkitan penyakit boleh berlaku dan saya menasihatkan jangan membawa kanak-kanak.

"Mereka yang yang datang juga akan disaring sebelum dibenarkan masuk," katanya dalam sidang akhbar, di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, bagi pesakit pula, hanya mereka yang mengalami penyakit serius sahaja diutamakan pada masa ini.



Sumber : KKM masih perketat sesi melawat pesakit

Post a Comment

0 Comments