Penampilan personaliti YouTube S. Pavithra sebagai penghias majalah ternyata membuatkan warga maya kagum, bukan sahaja berbakat dalam masakan malah bidang peragaan.
Wajahnya kelihatan fotogenik dalam keluaran terbaru edisi Pepatung, selepas disolek tebal dan mengenakan beberapa helai persalinan.
“Di sebalik tabir foto Pavithra. Penata gaya oleh Zul Herizal dan jurusolek Razzi Musa,” catat pengguna Twitter Keemmazni yang setakat ini hantarannya diulang siar lebih 4,000 kali dan mendapat 7,000 tanda “suka”.
Behind the scene photos of Queen Pavithra
Penata Gaya oleh Zul Herizal (IG: holyblackrapunzel) dan Jurusolek oleh Razzi Musa (IG: razzimusa)
Bacaan penuh di https://t.co/AhwCu11LPN pic.twitter.com/hoOUQu6eWc
— KEEM (@keemmazni) June 22, 2020
Rata-rata pengguna di ruangan komen memuji kecantikan ibu dua anak yang sebelumnya menetap di sebuah estet di Sungai Siput, Perak.
“Permata tersembunyi. Syukur si kakak Pavithra murah rezeki,” catat haart01.
“Bagaimana seseorang boleh kelihatan seperti malaikat. Matanya sungguh cantik,” kata zeeraomar.
Warga maya turut kagum dengan kata-kata Pavithra ketika ditemuramah majalah itu: “Kami tak kisah pun kalau esok lusa tak lagi popular atau YouTube tak lagi mampu beri pendapatan. Kami memang asalnya susah, jadi kalau susah semula tak akan mematahkan semangat,” luah Pavithra.
Pavithra dalam temubual itu juga dilapor bertegas enggan muncul di kaca televisyen, selain merancang untuk membuka perniagaan makanan.
Pavithra, 28, dan suaminya M. Sugu, 29, menjadi sensasi internet semasa musim perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana tampil sederhana ketika berkongsi video masakan, malah lancar bertutur Bahasa Malaysia.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menghadiahkan pasangan itu tripod, ketuhar gelombang mikro, ketuhar dan barang masakan bagi menggalakkan rakyat duduk di rumah dan membuat perkara manfaat.
via Wowberita
0 Comments