Kami Tak Akan Berpuas Hati Sampai Bila-Bila Selagi Tidak Tahu Siapa Jadi Punca – Bapa Adib

” Kami tidak akan berpuas hati sampai bila-bila jika tidak tahu siapa yang menjadi punca kepada kem4tian anak kami, Allahyarham Muhammad Adib,” kata Mohd Kassim Abdul Hamid, 66.

Menurutnya, biarpun kejadian tersebut sudah dua tahun berlalu, namun perkara itu tidak pernah padam daripada ingatan mereka dan sehingga kini ternanti-nanti untuk melihat pelakunya dihadapkan ke muka pengadilan.

” Jika kes ini tidak dapat diselesaikan, kami akan ingat sampai bila-bila. Kami tidak dapat hidup tenteram.

” Kami sangat berharap pihak berkaitan dapat menangkap dan membicarakan pelakunya.

” Mahkamah Koroner memutuskan (pada 27 September 2019) kem4tian anak kami disebabkan perbuatan jen4yah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

” Namun sehingga kini kami masih tertunggu-tunggu tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mohd Kassim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan yang menyatakan pihak poIis meneruskan siasatan untuk mengenal pasti dua atau lebih individu yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Jelas Takiyuddin, kes kem4tian anggota bomba itu masih diteruskan pihak berkuasa termasuk PoIis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan pelaku yang terlibat dalam insiden pada November dua tahun lalu.

Sementara itu, ibu Allahyarham Muhammad Adib, Asma Aziz, 54, mengalu-alukan usaha pihak berkuasa untuk terus mencari bukti dan menyelesaikan kes tersebut.

” Itu yang kita mahu (pihak berkuasa teruskan siasatan). Saya mahu lihat siapa yang buat (sebabkan kem4tian ) anak saya ini,” katanya.

Takiyuddin kata tunggu poIis tahan pembun0h

Sementara itu, kes kem4tian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim hanya dapat diteruskan selepas pihak poIis berjaya mengenal pasti dan menahan pembun0hnya untuk didakwa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata sebelum ini mahkamah koroner mendapati kem4tian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jen4yah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

” Oleh sebab itu pihak poIis perlu dan sedang menjalankan siasatan untuk kenal pasti pelaku. Itu yang sudah dilaporkan kepada kabinet.

” Jadi kerajaan atau pihak Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan hasil daripada siasatan pihak poIis, kita tunggulah,”

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di Tunjong, Kota Bharu, hari ini.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments