Perkara Baik Tak Elok Dilambat-Lambatkan, Pelakon Niezam Mahu Nikah Terus Dengan Nonny

Pelakon Niezam Zaidi, 28, merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah, 30, sebelum hujung tahun ini.

Niezam berkata, dia sudah memikirkan perkara itu namun masih belum dapat menetapkan tarikh disebabkan masih terbabit dengan penggambaran drama.

Malah, menurut Niezam dia juga mahu terus bernikah tanpa mengikat Nonny sebagai kekasih dalam tempoh yang lama.

” Memang ada perancangan ke fasa seterusnya. Kita merancang, Allah tentukan. Sebab sekarang saya masih terbabit dalam penggambaran drama Luka Di Hati Diya sehingga Ogos depan.

” Saya pun ada cakap pada Nonny nak fokus drama dulu, selepas itu baru fokus satu persatu.

” Saya cakap dengan dia juga, perkara baik tak elok dilambat-lambatkan.

” Insya Allah, nak kahwin tahun ini. Apa pun, macam dikatakan tadi, saya kena habiskan kerja dahulu. Fikir memang sudah fikir, cuma tinggal nak tetapkan lagi.

” Lagi pula, saya kena pergi kursus kahwin dulu. Ikutkan saya, nak terus nikah saja.

” Saya juga ada bercakap dengan keluarga soal ini dan mereka okay kalau saya nak bernikah terus,” katanya kepada Harian Metro.

Niezam yang juga pelakon filem M4M4 berkata, dia merancang untuk berjumpa keluarga Nonny di Sabah bagi mendapatkan restu.

” Saya belum pernah berjumpa keluarga Nonny lagi. Sebelum ini hanya menerusi panggilan video saja.

” Insya Allah, selepas penggambaran selesai bolehlah saya pergi berjumpa secara teratur. Saya uruskan satu persatu. Saya percaya niat baik ini akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Mengulas mengenai perhubungan yang berlangsung sejak setahun lalu itu, Niezam menyifatkan kehadiran Nonny adalah kiriman Allah untuk dirinya, begitu juga sebaliknya.

” Kami berkenalan sejak 2016 iaitu ketika membintangi telefilem Minah Motor untuk TV3.

” Sewaktu itu, kawan biasa saja sebab masing-masing ada pasangan.

” Selepas Nonny berc3rai barulah kami mula rapat. Semuanya terjadi secara tidak dijangka.

” Apabila saling bermesej dan kami putuskan untuk berjumpa. Sejak itu kami menjadi semakin rapat.

” Status Nonny yang pernah berkahwin dan berc3rai bukan halangan untuk saya berkawan dengannya. Dia seorang yang baik.

” Apa saya tahu, ketika dia tengah dalam kesulitan, saya ada. Saya ada dengan dia saat susah dan senang.

” Semasa dia tengah ‘down’, dia tidak ada sesiapa. Jadi, saya minta dia kongsi. Saya tenangkan dia dan pendek kata, sering jadi perantara untuk dia.

” Apapun, jalinan perhubungan saya dengan dia kini kerana Allah,” katanya.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments