Lapan lelaki main sepak takraw ditangkap

SUNGAI PETANI: Lapan lelaki ditahan ketika sedang bermain sepak takraw di padang permainan Bandar Perdana Fasa 6, di sini, hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata tindakan ke atas lelaki berusia 19 hingga 26 tahun itu dilakukan oleh sepasukan polis selepas menerima arahan daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) COVID-19 pada 6 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, polis mendapati terdapat sekumpulan lelaki sedang bermain sepak takraw.

"Mereka gagal memberi penjelasan yang munasabah terbabit atau menyertai perhimpunan aktiviti sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, semua individu terbabit ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Sungai Petani untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.



Sumber : Lapan lelaki main sepak takraw ditangkap

Post a Comment

0 Comments