Peniaga makanan pasar malam, pasar pagi kena pakai pelitup muka

KUALA LUMPUR: Lesen perniagaan peniaga makanan di pasar malam dan pasar pagi boleh ditarik balik jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, termasuk tidak memakai pelitup muka ketika berniaga.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka kecuali bagi mereka yang bergejala, namun peraturan kecil di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) mewajibkan pemakaian alat itu sebelum perniagaan itu beroperasi semula.

"PBT boleh menarik balik lesen mereka kalau PBT mahu melakukannya kerana satu daripada syarat untuk berniaga pasar malam adalah mesti ada pelitup muka.

"Kalau itu syarat yang dikeluarkan PBT, mereka boleh menarik balik lesen bagi peniaga yang gagal memenuhi peraturan," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.



Sumber : Peniaga makanan pasar malam, pasar pagi kena pakai pelitup muka

Post a Comment

0 Comments