PGA rampas arak seludup di Klang

KUALA LUMPUR: Batalion Keempat Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebuah lori dengan muatan minuman keras yang disyaki diseludup bernilai hampir RM40,000 di susur keluar Bukit Tinggi, Lebuh Raya Klang-Shah Alam, dekat sini, malam kelmarin.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Zulafendy Hassan, berkata dalam serbuan pada jam 9.30 malam (24 Jun) itu, PGA turut menahan pemandu lori terbabit, seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun dan di bawa ke balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

"Ketika membuat rondaan Op Benteng di kawasan Klang, pasukan telah terserempak dengan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 20.9 Lebuh Raya Klang-Shah Alam.

"Hasil pemeriksaan, kita menemukan 12,960 tin arak pelbagai jenama yang disyaki diseludup di dalam lori itu selain wang tunai berjumlah RM1,980," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967, dalam satu kenyataan malam ini. – BERNAMA



Sumber : PGA rampas arak seludup di Klang

Post a Comment

0 Comments