Allahyrham Laskar Kanan Maslim Abdul Rahim, 35, merancang untuk berpencen awal di kampung halamannya di Kampung Sakong Kecil, Tanjung Kapoor, Semporna.
Isterinya, Nur Faezah Mohd Pagal, 35, berkata, sebagai persediaan awal arwh suaminya ada membina sebuah rumah namun masih dalam pembinaan sejak 2018.
” Arwh suami mengimpikan berpencen di kampung halaman untuk kami sekeluarga berkumpul,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Bugaya, Jalan Rancangan, Semporna.
Allahyrham Maslim bersama dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Laskar Kelas I Mohamad Firdaus Mat Izan dan Laskar Kelas I Muhammad Arif Idris m4ut selepas kenderaan dinaiki terbabit kmIangan di Jalan Ranau-Kota Kinabalu 12.55 tengah hari semalam.
Seorang lagi rakan setugas iaitu Laskar Kelas II Vincent M Orel mengalami keced3raan par4h dan kini dirawat di Hospital Ranau.
Bau wangi semerbak di seluruh bahagian dalam rumah
Nur Faezah berkata, sebelum kejadian dia ada menghubungi suaminya kira-kira jam 11 pagi yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.
” Bagaimanapun selepas selesai solat Zohor, saya terhidu bau wangi semerbak di seluruh bahagian dalam rumah, sesuatu yang tidak pernah saya alami sebelum ini.
” Tidak lama selepas itu lebih kurang sejam kemudian, saya dikejutkan dengan kehadiran anggota TLDM yang memaklumkan arwh suami terbabit dalam kmIangan dan meninggI dnia di tempat kejadian,” katanya dalam nada sebak.
Bercerita lanjut, Nur Faezah berkata, seminggu sebelum kejadian, arwh suaminya lebih banyak bercakap mengenai kehidupan akhirat selain banyak memberi nasihat mengenai ajaran agama termasuk mengutamakan pendidikan anak mereka Nur Qurratul Ain yang berumur 5 tahun.
” Sepanjang sepuluh tahun berkongsi hidup bersama arwh, dia sangat bertanggungjawab selain mempunyai sifat sabar dan penyayang serta sanggup memenuhi apa jua permintaan saya,” katanya.
Ibu Allahyrham, Intan Masawah Lamjanum, 62, berkata arwh yang juga anak keempat daripada sepuluh adik beradik itu adalah anak yang menurut kata dan menghormati orang tua.
” Dia adalah harapan kami sekeluarga dan pemergiannya kehilangan besar kepada kami, namun semua yang berlaku adalah takdir dan ketentuan yang Maha Esa,” katanya.
Sementara itu, tinjauan di perkarangan rumah Allahyrham mendapati anggota TLDM dari KD Sri Semporna dilihat sedang sibuk menjalankan kerja memasang khemah termasuk menggali kubvr.
Difahamkan ia sebagai persediaan awal sebelum jnzah yang dijangka akan diterbangkan khas dari Kota Kinabalu menggunakan helikopter jenis EC 725 pada lewat petang ini.
via 1 MIN READ
0 Comments